Saturday 14 April 2012

Cinta Adalah Fitrah..^_^

Cinta seorang lelaki kepada wanita dan cinta wanita kepada lelaki adalah perasaan yang manusiawi yang bersumberkan dari fitrah yang diciptakan Allah SWT di dalam jiwa manusia , iaitu kecenderungan kepada lawan jenisnya ketika telah mencapai kematangan fikiran dan fizikalnya .

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri , supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya , dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar- benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (QS Ar Rum : 21)

Cinta pada dasarnya adalah bukanlah sesuatu yang kotor , kerana kekotoran dan kesuciannya bergantung kepada kita.

Jika kita mengarah cinta itu kepada kebaikan , maka terbitlah cinta yang suci dan halal . Jika kita mengarahkan cinta kita berlandaskan hawa nafsu semata2 , maka terbitlah cinta yang kotor dan haram.
Cinta mengandungi segala makna kasih sayang , keharmonian , penghargaan dan kerinduan , disamping mengandungi persiapan untuk menempuh kehidupan dikala suka dan duka , lapang dan sempit .

Cinta bukanlah hanya sebuah tarikan luaran sahaja .

Tarikan secara luaran hanyalah permulaan cinta, bukan puncaknya .

Dan sudah fitrah manusia untuk menyukai keindahan .

Tetapi disamping keindahan bentuk dan rupa harus disertai keindahan keperibadian dengan akhlak yang baik .

Islam adalah agama fitrah . Kerana itulah Islam tidaklah membelenggu perasaan manusia .

Islam tidak mengingkari perasaan cinta yang tumbuh pada diri seorang manusia .
Akan tetapi Islam mengajarkan pada manusia untuk menjaga perasaan cinta itu , dirawat dan dilindungi dari segala kehinaan dan apa saja yang mengotorinya .
Islam membersihkan dan mengarahkan perasaan cinta . Islam mengajarkan bahawa sebelum dilaksanakan akad nikah , kita harus bersih dari persentuhan dan perkara2 lain yang haram .

Jadi, kenapa ada sesetengah dari kita mahu menghalang perasaan cinta?
Cinta itu hendaklah dikawal , Bukan Dihalang . KERANA CINTA ADALAH FITRAH...

wallahu'alam......

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.