Saturday 14 April 2012

Beza Seorang PEREMPUAN dengan Seorang MUSLIMAH....

*Perempuan*

Apabila teruna memerhatikannya,
Perempuan akan membalas renungan matanya

Apapila teruna mendekatinya selangkah,
Perempuan datang berpuluh langkah.

Apabila teruna memujuk rayu,
Perempuan lemah dalam pangkuannya.

Apabila teruna memberi harapan,
Perempuan hanyut dalam angan-angan.

TETAPI SEORANG...

*Muslimah*

Apabila teruna memandang nya,
Muslimah tunduk mengelak dr panah syaitan.

Apabila teruna mendekatinya selangkah,
Muslimah berundur beribu langkah.

Apabila teruna memujuk rayu,
Muslimah anggap itulah kalimah iblis.

Apabila teruna menutur harapan indah,
Muslimah yakin janji-Nya lebih bahagia di sana.

Kerana Muslimah mengerti dan menyedari..
Akan erti maruah peribadi sejati
Yang diselaputi iman yang hakiki
Yang tidak mudah dicemari.

Cinta Adalah Fitrah..^_^

Cinta seorang lelaki kepada wanita dan cinta wanita kepada lelaki adalah perasaan yang manusiawi yang bersumberkan dari fitrah yang diciptakan Allah SWT di dalam jiwa manusia , iaitu kecenderungan kepada lawan jenisnya ketika telah mencapai kematangan fikiran dan fizikalnya .

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri , supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya , dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar- benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (QS Ar Rum : 21)

Cinta pada dasarnya adalah bukanlah sesuatu yang kotor , kerana kekotoran dan kesuciannya bergantung kepada kita.

Jika kita mengarah cinta itu kepada kebaikan , maka terbitlah cinta yang suci dan halal . Jika kita mengarahkan cinta kita berlandaskan hawa nafsu semata2 , maka terbitlah cinta yang kotor dan haram.
Cinta mengandungi segala makna kasih sayang , keharmonian , penghargaan dan kerinduan , disamping mengandungi persiapan untuk menempuh kehidupan dikala suka dan duka , lapang dan sempit .

Cinta bukanlah hanya sebuah tarikan luaran sahaja .

Tarikan secara luaran hanyalah permulaan cinta, bukan puncaknya .

Dan sudah fitrah manusia untuk menyukai keindahan .

Tetapi disamping keindahan bentuk dan rupa harus disertai keindahan keperibadian dengan akhlak yang baik .

Islam adalah agama fitrah . Kerana itulah Islam tidaklah membelenggu perasaan manusia .

Islam tidak mengingkari perasaan cinta yang tumbuh pada diri seorang manusia .
Akan tetapi Islam mengajarkan pada manusia untuk menjaga perasaan cinta itu , dirawat dan dilindungi dari segala kehinaan dan apa saja yang mengotorinya .
Islam membersihkan dan mengarahkan perasaan cinta . Islam mengajarkan bahawa sebelum dilaksanakan akad nikah , kita harus bersih dari persentuhan dan perkara2 lain yang haram .

Jadi, kenapa ada sesetengah dari kita mahu menghalang perasaan cinta?
Cinta itu hendaklah dikawal , Bukan Dihalang . KERANA CINTA ADALAH FITRAH...

wallahu'alam......

Enam pesanan khusus untuk wanita..

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi s.a.w di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi s.a.w sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia akhirat.

3. Baca Al-Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al-Quran dan muhasabah “Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini”.

4. Mendidik anak secara islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun, iaitu doa seharian Nabi s.a.w seperti doa tidur,bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan & basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah s.w.t atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suami untuk solat berjemaah di Masjid / Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.